Ahad, 24 Mei 2009

untuk bacaan bersama- taharah..

Pengertian thaharah

Pengertian thaharah menurut bahasa adalah bersih dan suci dari segala yang kotor, baik yang bersifat hissi (yang dapat dilihat) atau yang bersifat ma’nawi (abstrak). (syekh Abdurrahman al-jaziri:1992:1)
Thaharah menurut bahasa ertinya bersih dan suci. Menurut istilah ( ahli fiqih ) beerti: membersihkan (diri dari) hadas atau najis, seperti mandi, berwudhu atau bertayamum. ( drs haji abdul fatah idris:1990:1 )
1. Air untuk bersuci
Air yang boleh untuk bersuci ada tujuh macam iaitu:
1. Air hujan.
2. Air laut.
3. Air sungai.
4. Air sumur.
5. Air mata air.
6. Air ais.
7. Air embun.
Air terbahagi kepada empat macam iaitu:
1. Air mutlak
2. Air musyammas
3. Air musta’mal
4. Air yang najis
Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh untuk bersuci. Air mutlak ini boleh untuk menghilangkan hadas dan najis.
Ait musyammas ialah air yang kena sinar matahari sampai panas. Air ini suci dan menyucikan, tetapi makruh digunakan untuk bersuci. Air ini suci sebab tidak terkena najis, dan makruh untuk bersuci.
Air musta’mal ialah air yang telah dipakai untuk bersuci. Air ini suci tetapi tidak mensucikan, tidak boleh dipakai untuk bersuci. Tetapi kalau belum berubah rasa dan baunya, masih tetap suci.
Air najis iaitu air yang sedikit (atau banyak ) yang terkena najis sehingga berubah rasa atau baunya. Kalau air itu sedikit, menjadi najis sebab bercampur dengan najis, baik keadaan berubah atau tidak. Tetapi kalau air itu banyak , menjadi najis sebab bercampur dengan najis sampai berubah rasa serta baunya.


Wudhu
Wajib seorang
Syarat sah wudhu ada lima perkara iaitu:
1. Islam
2. Tamyiz
3. Airnya suci
4. Tidak ada halangan batin (seperti akal tidak sihat)
5. Tidak ada halangan dari ugama (seperti sedang haid, nifas dan lain-lain)
Rukun wudhu
Rukun wudhu ada enam perkara iaitu:
1. Niat: niat ini dilakukan ketike mencuci muka.
2. Membasuh muka.
3. Membasuh dua tangan sampai siku.
4. Mengusap sebahagian kepala.
5. Membasuh kaki sampai mata kaki.
Sunat-sunat berudhu
Sunat wudhu ada sepuluh perkara iaitu:
1. Membaca basmalah ketika hendak mengambil wudhu.
2. Membasuh kedua telapak tangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Menghirup air ke hidung.
5. Meratakan dalam mengusap kepala.
6. Mengusap kedua telinga.
7. Menyela-nyela janggut yang tebal.
8. Membasuh jari tangan dan kaki.
9. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
10. Membasuh tiga kali.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan