Isnin, 25 Mei 2009

solat ghaib - untuk bacaan bersama

SOLAT GHAIB

Bagi mayat yang telah dikuburkan walaupun sudah seminggu atau lebih, baik ditempat yang dekat ataupun yang jauh boleh dilaksanakan solat keatasnya, pelaksanaanya juga boleh di atas kubur, solat yang demikian dinamakan solat GHAIB. Cara melaksanakannya sama dengan solat jenazah biasa, hanya berbeza niatnya.

Lafaz niatnya ialah sebagai berikut:

Sabda Rasulullah s.a.w yang ertinya:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w telah melaksanakan solat di atas kubur, sesudah sebulan lamanya,”

KETERANGAN:

Jenazah bayi yang baru dilahirkan apabila ia semasa lahir sudah dapat bersuara atau berteriak maka hukumnya seperti matinya orang yang sudah tua. Apabila ia dilahirkan dalam keadaan mati dan sempurna kejadiannya maka hanya dikerjakan atasnya tiga perkara sahaja.

1. Dimandikan
2. Dikafani
3. Dikuburkan

Apabila keadaannya tidak sempurna maka tidak diwajibkan apa-apa ke atasnya, hanya dikuburkan saja.

Adapun orang yang mati syahid, seperti orang yang gugur keran membela agama Allah tidak wajib dimandikan atau dikafani, hanya wajib baginya disembahyangkan dan dikuburkan saja.

Abdul Rahim Ahmad,Panduan Solat,1992,jasmine enterprise,kuala lumpur.

SEMBAHYANG JENAZAH

Terdapat 4 perkara yang wajib dilakukan ke atas mayat Islam iaitu:

1. Memandikan mayat
2. Mengkafankannya
3. Menyembahyangkannya
4. Mengkuburkannya

Hukumnya adalah fardhu kifayah iaitu wajib dilakukan oleh salah seorang penduduk Islam di sesuatu tempat itu. Apabila ada, walaupun seorang saja yang melaksanakan keempat-empat perkara ini, maka yang lainnya sudah gugur daripada tanggungjawab melakukan keempat-empat perkara ini dan kesemua mereka terlepas daripada dosa. Tetapi sekiranya tidak dilakukan, maka keseluruhan penduduk Islam ditempat itu akan mendapat dosa.

Bersesuaian dengan buku ini, perkara yang akan dibincangkan iailah panduan menyembahyangkan mayat. Sembahyang ini juga dikenali dengan nama sembahyang jenazah.

Ramai orang yang tidak tahu bagaimana hendak menyembahyangkan mayat, walaupun hukumnya lebih berat daripada sembahyang sunat. Malah, ramai yang lebih arif bagaimana untuk melakukan sembahyang sunat yang lain seperti sembahyang sunat rawatib, senbahyang hajat dan lain-lain.

Sebenarnya, sembahyang jenazah ini adalah mudah. Di sini diterangkan bagaimana untuk melaksanakannya.

RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH

1. Niat, sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
2. Berdiri tegak menghadap kiblat.
3. Takbir 4 kali
4. Membaca Fatihah
5. SElawat kepada Nabi
6. Doa untuk mayat
7. Salam


ISMAIZA ISMAIL,Panduan Mengerjakan sembahyang jenazah,Perniagaan Jahabersa,2001,Johor Darul Takzim Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan