Ahad, 24 Mei 2009

Riak - Hasil dari pemikiran ku

PENDAHULUAN.
Islam sentiasa menyeru umatnya supaya sentiasa beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan penuh ikhlas dan mengharapkan reda Allah. Dalam melaksanakan sesuatu amal kebajikan umat Islam sepatutnya menyedari bahawa sifat malu hanya ditujukan kepada Allah. Ini kerana segala isi hati atau niat setiap hamba-Nya hanya diketahui oleh Allah. Sementara manusia pula hanya dapat mengetahui, menilai dan melihat dari segi zahiriah semata-mata. Ada umat Islam yang melakukan sesuatu perbuatan atau amalan kebajikan terutama dalam beribadat hanya untuk mengaburi mata manusia semata-mata sesuai dengan pangkat dan kedudukannya. Dengan perlakuan itu dirinya dianggap baik, warak, kuat iman dan rajin beribadat. Ia seolah-olah mereka hanya mengharapkan keredaan manusia dan melupakan kebesaran Allah. Sesungguhnya seseorang yang beramal dan mengerjakan sesuatu yang baik semata-mata untuk dihargai dan dipuji orang lain termasuk perbuatan orang munafik. Ia disebut riak' atau pura-pura. Riak adalah salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dalam Islam serta boleh membinasakan martabat dan kemuliaan seseorang insan. Orang yang bersifat riak tergolong dalam orang munafik. Ini kerana adanya persamaan iaitu dalam sifat berpura-pura, kerana orang yang munafik juga mempunyai sifat kepura-puraan.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

Ertinya:
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).
(Surah Al Ma’aun : 30 : 4-7 )
Kata asal riya’ adalah dari kata ar-Ru’yah (melihat), orang yang riya’ memperlihatkan pada manusia untuk mendapatkan keuntungan dari sisi mereka, sehingga ia telah mendapat keuntungan peribadi dari amalannya di dunia.Ada pelbagai jenis riya’, dari segi bentuknya yang berbeza-beza, dan kesannya yang buruk. Riya’ membatalkan amal, sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
Ertinya: Wahai orang-orang Yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu Dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang Yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin Yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang Yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa Yang mereka usahakan. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum Yang kafir.
(Surah Al-Baqarah : 1 : 264)

Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya yang paling aku takutkan pada kalian adalah syirik kecil, iaitu riya’. Allah akan berfirman pada hari kiamat ketika membalas amalan manusia: “Pergilah kepada orang-orang yang dulu kalian (berbuat) riya’ kepadanya, dan lihatlah, adakah kalian mendapatkan balasannya dari sisi mereka?”
(Hadis Diriwayatkan oleh Ahmad, 5/428-429. Dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, 4135,
dari hadis Mahmud bin Labid Radhiyallahu ‘anhu (r.a.) dengan sanad yang sahih bertepatan dengan syarat Muslim)“Mahukah aku khabarkan kepada kalian dengan perkara yang lebih aku takutkan menimpa kalian daripada al-Masih ad-Dajjal? Iaitu syirik tersembunyi, seseorang bangkit untuk melaksanakan solat, lalu ia memperbaiki (memperelok) solatnya kerana ia tahu ada seseorang yang memerhatikannya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, 2604, dari Sa’id al-Khudri r.a.)
(www.google.com)



1. CIRI-CIRI DAN HAKIKAT RIAK.
Dari sudut pandangan Islam perbuatan riak sebagai suatu wabak atau penyakit rohani yang cukup bahaya. Ia juga mengancam kemurnian akidah dan iman serta merosakkan nilai keikhlasan hati, keluhuran akhlak dan sebagainya. Perbuatan riak juga tergolong dalam syirik kecil yang boleh merosakkan dan menghapuskan amal kebajikan serta melunturkan kemurnian akhlak. Selain itu ia akan mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat, seterusnya mengundang laknat Allah. Secara ringkasnya, riak ialah suatu perbuatan yang tersembunyi di dalam hati, perasaan dan peribadi seseorang dengan niat dan tujuan tertentu. Orang yang gemar mengamalkan riak, hidup dan jiwanya penuh dengan kebohongan dan kepalsuan semata-mata. Ini kerana ia bertujuan untuk mengharapkan pujian, sanjungan dan penghormatan daripada orang lain.Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : "Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya."
(Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Meminta Simpati Hadis no. 6018). Seseorang yang riak juga selalu mengikut hawa nafsu. Biasanya nafsu banyak menggoda dan mempengaruhi perasaan dan jiwa manusia untuk melakukan sesuatu kejahatan.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Ertinya : Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(Surah Shaad : 23 : 26 )
Manusia pada hakikatnya adalah makhluk Allah yang tidak layak untuk melahirkan perasaan bangga diri, megah dan takbur. Allah mengancam dan memberi amaran keras terhadap hamba-Nya yang melakukan riak dalam kehidupannya. Allah mengutuk dan melaknat orang yang melakukan ibadat yang disertakan dengan sifat riak. Selain menghapuskan segala amal kebajikan, sifat riak akan menghalang seseorang daripada mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat. Orang yang bersifat riak juga akan mendapat banyak kerugian baik di dunia mahupun di akhirat. Mereka tidak akan mendapat pahala amalan kebajikan. Ini kerana amalan mereka akan menjadi sia-sia seperti debu yang berterbangan dan tidak akan dapat merasai nikmat syurga di akhirat nanti.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Ertinya : Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.
(Surah Al-Furqaan : 18 : 23 )

Jelaslah pengaruh dan kesan riak itu boleh merosakkan keikhlasan amal ibadat dan kemuliaan akhlak seseorang serta akan mendatangkan kemurkaan Allah. Justeru, sebagai orang beriman, kita sepatutnya sentiasa memperbaiki niat dan tekad dalam melakukan sesuatu amal kebajikan supaya tidak menjadi sia-sia dan memperoleh keredaan daripada Allah. (www.google.com)
1.1 Bahaya Riak Amat Ditakuti.
Penyakit riak ini selalunya tidak begitu dihiraukan oleh sebilangan besar umat Islam. Mereka seolah-olah sengaja melakukan perbuatan yang dilarang ini, terutama apabila berlumba-lumba untuk mendapatkan kekayaan atau pangkat kebesaran. Di kalangan kaum wanita pula, mereka suka besaing tentang perhiasan diri dan rumahtangga. Ada juga yang suka membanding-bandingkan kecantikan rumah, kereta dan sebagainya.
Semua ini bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi sesungguhnya, Rasulullah S.A.W. amat takut dengan perbuatan riak ini, sebagaimana sabdanya bermaksud :
“Sesungguhnya yang paling aku takuti dari apa yang aku takuti terhadap umatku ialah riak dan nafsu syahwat yang tersembunyi, bahkan lebih tersembunyi dari berjalanya semut hitam di atas batu besar yang hitam pekat di malam yang gelap-gelita.”
(Hadith riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim)
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 116-117)
1.2 Riak adalah bencana.
Sifat megah atau riak itu biasanya amat cepat menyelinap ke dalam hati manusia, walaupun telah dikawal dengan keimanan yang teguh kerana pengaruh kemegahan itu amat kuat.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bukanlah dua ekor serigala yang dilepaskan dalam kandang kambing itu lebih cepat bencananya, dibandingkan dengan mencintai kemuliaan dan harta, terhadap agama seorang daripada kamu.”
(Hadith riwayat Abu Mansur Ad-Dailami dari Ibnu Abbas)
Dari kedua-dua hadith di atas adalah jelas bahawa apabila seseorang mengikutkan perbutan maksiat dan apabila seseorang suka kepada pujian, maka akan timbullah perasaan bangga atau riak.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 120)
1.3 Harta menjadi punca.
Punca utama riak dari harta benda atau kekayaan. Apabila seseorang telah memiliki harta apatah lagi kekayaan, maka ia berkuasa terhadap dinar atau dirhamnya, ringgit atau dolarnya. Dengan wang segala-gala yang disukai oleh nafsu syahwat dapat dibeli termasuk suka berkhayal mencari kemegahan dan memperhambakan manusia dengan hartanya. Manusia yang lemah dari segi kewangan, akan mematuhi segala kemahuanya semata-mata kerana wangnya. Pendek kata, harta atau wanag dapat memiliki hati manusi.
Ini bermakna, riak dengan harta kekayaan itu adalah berkaitan. Mereka yang memiliki kemegahan boleh mendapatkan kekayaan dan mereka yang berharta pula dapat bermegah-megah maka timbullah sifat riak di sebabkan harta kekayaan.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 120-121)
1.4 Riak yang tersembunyi.
Riak yang tersembunyi adalah kemuncak riak yang amat merbahaya dan selalu tidak disedari. Sesetengah orang yang telah termasyhur kerana kekayaannya ataupun kerana kepandaiannya, berazam untuk menahan dirinya dari disanjung-sanjung orang. Oleh itu ia menahan diri tidak menunjukkan muka kepada orang ramai. Ia tidak suka manusia datang derduyun-duyun menyambut dan menghormatinya, apatah lagi memberinya harta atau wang.
Namun di dalam hatinya tersemat perasaan yang tersembunyi iaitu suka dan bangga di atas sanjungan itu. Inilah kemuncak kelazatan riak yang akan membinasakan dirinya kelak, yang dimiliki secara halus dan tidak disedari.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 121)
Dengan adanya ciri-ciri hakikat riak ini, maka sudah nyatalah sifat riak itu berpunca dari jiwa dan hati seseorang itu, dengan secara halus dan tidak di ketahui oleh orang lain, sifat riak mudah terbina dengan hasutan syaitan dan iblis serta nafsu yang tidak terkawal, maka secara tidak di sedari sifat riak timbul dalam diri seseorang itu.

2. PENDAPAT ULAMA-ULAMA TERHADAP RIAK.
Riak menurut apa yang dibahaskan didalam kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali dinamakan "syirik khafi" satu di antara dua bahagian syirik. 1.Syirik khafi : Ertinya syirik yang samar, iaitu riak.2.Syirik Jali : Ertinya syirik yang jelas, iaitu syirik menyembah berhala.Apa yang dimaksudkan dengan makna riak menurut kefahaman kitab tersebut ialah bahawa engkau mencari sebarang penghargaan di hati manusia sehingga dengan itu engkau dapat mencapai pangkat dan darjat.Manakala cinta kepada pangkat dan kedudukan pula menurut Imam Ghazali ialah termasuk dalam istilah "Hawan Muttaba" ertinya : Hawa nafsu yang diperturutkan. Akibat sifat riak inilah ramai yang menjadi binasa. Maka tidak ada yang membinasakan manusia kecuali hanya manusia itu sendiri. Seandainya manusia mahu memikirkan hakikat perbuatan mereka tentu mereka tahu bahawa kebanyakan ilmu yang mereka cari, apatah lagi adat yang mereka lakukan, tidak lain adalah berpunca dari dorongan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain sedangkan tujuan seperti ini adalah menghilangkan pahala amalan seperti yang disebutkan di dalam hadis Rasulallah SAW : Ertinya : "Sesungguhnya ada orang yang mati syahid yang akan dihumbankan ke dalam api neraka pada hari kiamat nanti. Lalu ia merasa hairan dan mengadukan halnya kepada Allah sambil berkata : Wahai Tuhanku! Bukanlah aku telah mati syahid dalam membela agamamu? Allah menjawab :
Tidak! Sebenarnya engkau sanggup mati syahid supaya engkau dikatakan seorang yang berani. Dan telah pun dikatakan orang demikian kepadamu. Maka itulah ganjaranmu.."
Begitulah pula halnya dikatakan kepada orang yang alim, haji dan qari ( yang mereka riak pada amalan mereka). Mereka juga seperti mana orang-orang yang berperang semata-mata kerana riak untuk menunjukkan kehebatan di medan perang. Dewasa ini kita boleh menyaksikan, ramai manusia menjadi alim semata-mata mahu dipandang di mata masyarakat. Begitu jua sesetengah mereka yang mengerjakan haji, hanya bersifat hipokrit semata-mata untuk digelar dengan gelaran haji.
Bahkan ada juga sesetengah qari/qariah tidak terlepas peluang untuk terlibat sama dengan saham dosa riak. Mendendangkan pelbagai alunan gaya bacaan, kemudiannya mengharapkan pujian dari manusia tetapi bukanlah kerana untuk mendapatkan keredhoan dariNYA. Sebenarnya tidak menjadi masalah untuk memperindahkan bacaan bahkan disuruh oleh baginda SAW.
Akan tetapi amat malang sekali, bukan sahaja bergelumang dengan dosa riak bahkan kefahaman isi ayat tidak lagi menjadi pedoman hidup, segala macam hukum syariat hanya sekadar menjadi lukisan zaman yang terpahat didalam lembaran kalamullah. Itulah realiti masyarakat kita sekarang,
Para ulama mengibartakan riya' seperti semut hitam yang merayap di atas batu hitam di malam gelap gulita. Tak terlihat. Dia menyelusup halus, merayap, perlahan, lalu akhirnya menikam hati, mencairkan ikhlash dan memusnahkan pahala. Dia datang seperti waswaasil khannas, syaithan yang datang secara rahasia, bersembunyi di dasar hati, menyusup, dan menunggu kesempatan baik serta kelengahan untuk membolak-balik niat, mengelabuinya, menundukkannya, lalu akhirnya mendorong kejurang kesesatan.

Itulah cara kerja riya'. Sangat lihai, licin dan berbahaya. Kalau dia telah menikam hati dan mengelabuinya, maka ibadah yang semestinya hanya diniatkan untuk Allah semata membias, kabur, bahkan hati meletup-letup, bersemangat, dan berharap-harap agar amaliah ini secara zhohir dilihat oleh manusia. Maka dari niat yang ikhlash tersimpangkan menjadi harapan untuk memamerkannya kepada manusia, agar manusia melihat ibadahnya, demi sebingkai pujian, demi sepenggal kehormatan, atau sejumput popularitas.

Imam al Ghazali membagi riya' dalam enam macam; riya' dari badan; dalam tingkah-laku, dalam berpakaian, dalam ucapan, amal dan dalam menunjukkan banyaknya murid. Riya' dapat muncul dalam bentuk ingin menunjukkan kepada khalayak bahwa dirinya pintar dan banyak tahu tentang urusan agama. Bentuk ini adalah riya' yang jelas dan dekat dengan sombong. Yang lebih tersamar lagi, dia tidak ingin menunjukkan kepintarannya, serta ibadahnya namun manakala orang lain tidak mengakui eksistensinya, kurang dihormati, dia merasa heran mengapa orang lain bersikap seperti itu kepadanya. Dia heran kenapa orang lain tidak tahu kemampuannya. Dia berupaya bersembunyi-sembunyi untuk beramal, namun manakala orang lain memergokinya,hatinya gembira, bahkan berharap-harap agar ada orang yang memergokinya.

Jadi dari segi bentuk ada riya' yang jelas, riya' yang samar dan riya' yang tersamar. Riya' yang jelas nampak manakala dalam ibadah yang diketahui orang lain seseorang memperbagus tata-cara, memperlama sujud dan ruku, seperti nampaknya khusyu', padahal manakala sendiri dilakukannya ibadah itu secara cepat, enteng dan memudahkan. Tanpa adanya riya' ini dia tidak dapat beramal seperti itu, dan merasakan senang dalam beramal karenanya.

Riya' yang samar tidak mampu mewujudkan amal, namun dengannya menambah semangat untuk beramal. Bila dia bertahajut dan kebetulan ada tamu, bertambah-tambahlah semangatnya. Yang lebih samar dari ini, adanya orang lain tak memberi semangat amalannya, namun manakala ketika beramal terlihat oleh orang lain timbul rasa senang dan puas.

Tingkat yang terakhir adalah riya' tersamar. Dalam tingkatan ini tak ada rasa senang bila sedang melakukan amaliah. Namun dia merasa heran kalau orang lain bersikap berbeza dengan apa yang dia harapkan. Heran kalau orang lain merendahkannya, dan kurang menghormatinya. Kenapa heran ?

Itulah riya' yang sangat halus kerjanya, yang tak pernah diketahui orang lain, namun sungguh berbahaya, dia mampu memberangus ikhlash, menggurangkan pahala sampai zero point, dan amat sia-sia pada kita. Lalu kalau ini terjadi pada kita ?

Mari kita berlindung kepada Rabb manusia, Malik manusia, dan ilah manusia dari godaan waswaasil khannas, yang datang menyelusup menikam hati, yang membolak-balikan hati dan niat, yang memunculkan riya'. Dialah satu-satunya Tempat berlindung dan sebaik-baiknya Tempat berlindung.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :


Ertinya :
37. Iaitu orang-orang Yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua Yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurniaNya. dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa Yang amat menghina;
38. dan juga orang-orang Yang membelanjakan hartanya Dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. dan sesiapa Yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.
(Surah An-Nissa : 5 : 37-38)

Amal yang sarat riya' itu seperti debu melayang, terbang tak membawa kebaikan pada dirinya (Al Furqan:23). Maka Allah mengum-pamakan riya' seperti bata licin yang penuh tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih tidak bertanah (Al Baqarah:264). Dan Rasulullah SAW bersabda, "berlindunglah kamu sekalian dari jurang kedukaan! Apakah itu ya Rasulullah ? Beliau menjawab "Sebuah jurang di neraka Jahannam yang disediakan bagi ulama yang riya'". Mengapa demikian ?
Marilah kita berjuang untuk menghanguskan riya' dari hati kita, mencampakkannya dari kata-kata kita, berjuang dan terus berjuang menegakkan ikhlash. Semoga Allah selalu menolong kita. Audzu birabbinaas Malikinaas, ilahinaas, minsyarril waswaasil khannaas.

" Sesungguhnya orang yang riya' itu akan dipanggil di hari kiamat dengan empat nama;
1. ya muraa'i (wahai orang yang riya')
2. ya ghowii (wahai orang yang sesat)
3. ya faajir (wahai orang yang durhaka)
4. ya khaasir (wahai orang yang rugi) "
(Al Hadits)

Itulah panggilan Allah untuk akhli riya'. Sungguh merupakan panggilan yang menghinakan, panggilan yang setiap hati bersih atau akal yang sehat menolaknya, panggilan yang mendirikan bulu roma. Karenanya tak ada pilihan lagi selain membuang sifat ini jauh-jauh dari dasar hati. Riya' mesti diobati.
(www.google.com)


3. TEMPAT-TEMPAT RIAK YANG SELALU BERLAKU.
Menurut kajian ulama, bidang-bidang riak dalam amal ibadat atau perbuatan yang selalu dilakukan orang terkandung dalam lima perkara iaitu:
3.1 Riak dari tubuh badan.
Riak pada tubuh badan ini bukanlah menunjukkan badannya cantik, tegap sasa, hebat dipandang dan seumpamanya, kerana ini telah nyata salahnya. Apa yang dimaksudkan riak dari tubuh badan ialah menunjukkan tubuh badan dalam keadaan sebaliknya.
Ia memperlihatkan badanya kurus, rambutnya tidak terurus, matanya cengkung atau kuyu, suaranya rendah atau perlahan apabila bercakap dan seumpamanya. Dengan keadaan yang demikian, orang menyangka ia banyak beribadat pada malam hari dan kurang tidur. Ataupun kurus kerana takut kepada Allah S.W.T. Orang menyangka lebih mulia lagi apabila orang itu setiap hari berpuasa dan dalam keadaan badannya yang lemah. Apabila berjalan atau duduk ia kelihatan menundukkan kepala tanda tawaduk dan kelihatan bayangan jiwanya sentiasa tenang.
Melihat kepada keadaannya yang demikian tawaduk dan warak, semua orang akan memuji kebaikanya. Tetapi Allah S.W.T. Maha mengetahui, di sebalik keadaan yang demikian tersemat perasaan riak yang tersembunyi di sudut hatinya. Sebenarnya ia ingin orang ramai memuji dan memuliakannya. Maka sia-sia sahajalah ia bersusah payah berlapar hingga kurus badannya. Ia telah mempersekutukan ibadatnya dengan manusia. Demikianlah satu contoh tentang riak tubuh badan.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 126-127)
3.2 Riak pada Pakaian.
Riak pada pakaian juga bukan bermakna orang yang bermegah dengan pakaian sutera dan cantik-cantik yang mahal harganya, kerana ini memang telah jelas haram hukumnya. Tetapi riak pada pakaian yang dimaksudkan ialah keadaan pakaian yang sebaliknya.
Pakaiannya terdiri dari kain yang kasar, jika kainya yang baik pula panjang hingga ke bawah betis, megikut jejak pakaian orang-orang yang salih. Sesetengahnya pula pakaiannya koyak-rabak, sembahyang di atas sejadah di masjid. Sesetengahnya lagi berpakaian jubah panjang, serupa dengan pakian orang-orang alim. Semua bentuk pakaian-pakaian itu menggambarkan ia seorang yang alim atau warak, bahkan merupakan seorang ahli tasawuf yang sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T.
Dengan pakaian yang demikian, orang akan memuji dan memuliakannya. Di sebalik sudut hatinya tersemat riak, iaitu ingin mendapatkan perhatain atau pujian dari manusia yang lain maka rugi dan sia-sia sahajalah ia berpakaian koyak-rabak.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 127)
3.3 Riak pada kata-kata.
Riak pada kata-kata juga tersembunyi dari pengetahuan orang ramai. Dia berdakwah dengan kata-kata nasihat yang bernas disulami dengan kata-kata hikmah dan falsafah. Dia menyulamkan ceramahnya dengan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Bagi menguatkan nasihat dan
Peringatanya. Juga member contoh amal perbuatan orang-orang salih dan ulama terdahulu.
Selain daripada itu, apabila berada di majlis-majlis zikir, dia kelihatan berzikir dengan bersungguh-sungguh dan tawaduk. Jika melihat orang melakukan kemungkaran, ia menunjukkan sikap yang amat marah dan amat dukacita terhadap perbuatan tersebut.
Dia juga seorang yang suka berlumba-lumba memperkatakan sesuatu hadith Rasulullah S.A.W siapa perawinya,sanadnya dan sebagainya. Di samping itu ia suka berdebat dan berhujah dalam menegakkan sesuatu hokum agama atau khalifah. Dia mesti mengalahkan lawannya agar ia terkenal bijak dan tinggi ilmunya. Tetapi malangnya, sebagaimana juga riak tubuh badan dan riak pakaian, di hati kecilnya tersemat keinginan supaya terkenal bijaksana dan tinggi ilmu agamanya, disanjung dan dimuliakan orang ramai. Maka dengan tidak disedarinya ia juga terperangkap kepada riak yang akan membinasakan dirinya sendiri.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 127-128)
3. 4 Riak perbuatan.
Riak pada perbuatan ini ialah riak pada amalan dan tingkah laku. Dalam semua amal perbuatan, khasnya ibadat, ia pura-pura meniru dan bergaya sebagai seorang alim, warak dan takwa. Jika rukuk atau sujud dalam sembahyang, ia lebih lama dari orang lain untuk menarik perhatian ahli jemaah yang lain.
Jika duduk di dalam majlis atau berjalan, ia menundukkan kepala dan tidak menoleh-noleh lagi. Orang ramai akan menyangka dia seorang yang amat tawaduk kepada Allah S.W.T. Di samping itu, ia seorang yang ringan tulang, suka menolong orang. Di majlis-majlis walimah, di majlis-majlis perayaan agama apatah lagi di rumah orang yang meninggal dunia, dialah orang paling ke hadapan memberikan bantuan tenaga. Tetap sayang sekali semua amalan perbuatan yang di lakukanya menjadi sia-sia kerana terdapat sifat atau perasaan riak di sudut hatinya yang menginginkan balasan pujian dari manusia yang lain.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 128-129)
3.5 Riak Ramai Peminat.
Satu lagi riak adalah terdedah kepada pemimpin, terutama para pemimpin agama. Riak ini ialah dalam bentuk ramainya peminat atau pengikut yang menyanjung dan memujinya.
Jika ia seorang pemimpin Negara, memang menjadi amalannya untuk mencari dan menarik seberapa ramai pengikutnya. Seperti kisah Nabi Yusus a.s. yang memohon untuk menjadi Menteri Perbendaharaan Negara Mesir, ini dibolehkan dengan syarat ia akan benar-benar adil, tidak rauah atau mencari lain-lain kepentingan diri, di samping ia memang layak memegang jawatan itu.
Akan tetapi keadaanya agak lebih berat bagi orang-orang alim agama. Sesungguhnya ia dalam bahaya riak jika mempunyai ramai pengikut atau peminat yang sentiasa menyanjung dan memujinya. Sanjungan dan pujian itulah yang menjerat pemimpin itu kepada bahaya riak. Di sana sini orang menyanjung dan memuji kerana ketinggian ilmu, kebijaksanan dan ketakwaannya. Apabila terdapat sedikit perasaan suka dan gembira dengan sanjungan dan pujian itu, maka hancur dan binasalah semuanya.
Apa yang lebih bahaya lagi, terdapat pula sebahagian orang yang senghaja berusaha untuk mendapat peminat yang ramai iaitu dengan cara agar orang ramai dating mengunjuginya. Dari seorang ke seorang yang lain, akhirnya akan ramailah peminatnya, yang kesemuanya menyebur-nyebut namanya dan memujinya.
Bagi pemimpin pula, mereka tidak cukup jika sekadar memegang pangkat. Oleh itu ia mesti berusaha untuk mendapatkan seberapa ramai pegikut dan peminat. Maka dengan ini, sifat riak akan bersarang di sudut hati seorang pemimpin kerana ingin mendapat kuasa, pangkat serta peminat dan sanjungan. Sia-sialah semua amalan baik yang di kerjakannya di sebabkan perasaan riak yang ingin mendapat sanjugan dan pujian orang lain.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 129-130)
4. RIAK DALAM DUA KEADAAN.
Dari keseluruhan huraian mengenai pengertian dan hakikat riak, dapat disimpulkan dalam dua keadaan.
Pertama: Riak yang berhubungan sesame manusia. Ini termasuk perbuatan dan amalan yang menimbulkan kekeliruan dan tipu daya di kalangan orang ramai. Sesetengah mereka menyangka ikhlas beribadat dan taat kepada Allah S.W.T namun sebenarnya amal perbutan itu adalah riak.

Kedua : Riak yang berhubungan terus dengan Allah S.W.T. Ini berlaku apabila seseorang beribadat kepada Allah Ta’ala tetapi di dalam hatinya mengharapkan sesuatu balasan dari makhluk-makhluk Allah S.W.T. Misalnya ia mengharapkan agar namanya selalu disebut-sebut dan mengharapkan pula balasan dari orang ramai.
Adalah nyata perbuatan ini seolah-olah mengejek-ejek atau mempermain-mainkan Allah S.W.T kerana setiap ibadat hendaklah ditumpukan atas nama Allah S.W.T sahaja. Oleh itu, manusia yang sanggup melakukan perkara di atas adalah terlalu jahil, dan sudah tentu dikelirukan oleh tipu daya syaitan. Inilah yang dikatakan orang yang berpura-pura taat kepada Allah S.W.T tetapi sebenarnya mendapat kemurkaan Allah Ta’ala.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 130-131)
5. TINGKATAN RIAK.
Para ulama telah mengkaji bahawa perbuatan riak itu ada beberapa tingkat dan mengikut jenis-jenisnya. Sesetengahnya membawa hukuman yang amat dahsyat, diseksa dalam neraka selama-lamanya iaitu riak yang sampai kepada tahap merosakkan iman seperti syirik atau munafiq.

5.1 Riak Tingkatan Munafik.
Riak yang sampai kepada tahap munafiq ini ialah apabila batinnya tidak sama dengan zahirnya. Ia mengucap dua kalimah syahadat iaitu beriman kepada Allah dan Rasulnya, tetapi batinya mendustai Allah dan Rasulnya. Ia juga tidak mempercayai akhirat, syurga dan neraka. Orang munafiq akan kekal dalam neraka paling bawah. Selain daripada munafiq ialah syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Ia berbangga dan megah dengan cara hidup orang-orang kafir sehingga turut melakukan sesuatu yang menyekutukan Allah.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Ertinya : Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
(Surah Munaafiquun : 28 : 1 )

5.2 Riak Kerana Manusia.
Mereka yang mengerjakan ibadat kerana manusia dinamakan riak kerana manusia. Ia pergi sembahyang Jumaat atau sembahyang fardhu yang lain dan berjemaah kerana takut dihina oleh masyarakat. Jika tidak kerana itu ia tidak akan ke masjid. Demikian juga mereka yang takut dicela kerana tidak membayar zakat, tidak puasa atau menunaikan haji, tidak menghormati orang tua dan sebagainya. Ini menjadikan ibadat mereka kerana manusia, bukan ikhlas kerana Allah. Ini adalah syirik kecil, sebagaimana maksud hadith Rasulullah S.A.W yang telah diterangkan di atas.
5.3 Riak Pura-pura Rajin Beribadat.
Tingkatan riak yang terkebawah sedikit ialah mereka yang berpura-pura rajin beribadat yang sunat-sunat seperti sembahyanf sunat Rawatib, Tahajud, puasa sunat dan lain-lain.
Ibadat-ibadat itu mereka kerjakan di hadapan orang ramai kerana takut dicela, di samping mengharapkan pujian. Jika bersendirian, ia hanya mengerjakan yang wajib sahaja.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Ertinya : (jika tidak) maka sesiapa Yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah Yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
(Surah Ali’Imran : 4 : 94 )

5.4 Mengerjakan Rukun Yang Wajib Sahaja.
Seperti dalam bersembahyang ia mencepatkan bacaan-bacaan dalam rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dan lain-lain yang sunat-sunat. Surah-surah yang di baca pendek-pendek sahaja. Tetapi jika ia mengetahui ada orang yang memerhatikannnya, ia pun memanjangkan rukuk, sujud, bacaan surah dan lain-lain. Nyatakah bahawa sembahyangnya bertujuan untuk mendapat perhatian orang lain supaya tidak mencelanya.
Demikian juga apabila ia mengeluarkan zakat, jika dilihat oleh orang lain maka ia mengeluarkan zakat dari jenis yang baik-baik, jika tidak ia hanya akan mengeluarkan jenis yang kurang baik sahaja. Pendek kata, ibadatnya yang lain juga demikian, dikerjakan dengan tujuan tidak dicela oleh orang lain. Ibadat yang demikian adalah untuk manusia.


5.5 Senghaja Meminta Perhatian.
Sesetengah mereka yang riak mengejakan ibadat semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Ia senghaja menambah bacaan dan memanjagkan rukuk dan sujudnya dan bacaan surah, sedangkan perkara-perkara ini boleh ditinggalkan. Demikian juga ian berpura-pura membanyakkan amal-amal sunat ketika berpuasa di hadapan orang ramai sedangkan jika bersendirian tidak dikerjakan.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(Surah An-Nisaa : 5 : 142 )

5.6 Riak Menambahkan Sesuatu.
Riak yang terakhir ialah perbuatan menambah berbagai-bagai ibadat yang tidak termasuk dalam kiraan sunat nawafil. Misalnya bersegera duduk di masjid sebelum masuk waktu sembahyang berjemaah, duduk di sebelah kanan imam pada saf yang pertama dan sebagainya. Semuanya di lakukan di hadapan orang ramai dan ia tidak akan melakukan jika bersendirian. Demikianlah perbuatan riak akan timbul di segenap sudut ibadat yang dilakukanya, hanya mengharap pujian dan pangkat bukanya keredhaan Allah S.W.T. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Ertinya : (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya)
(Surah Al-Maa’uun : 30 : 6 )
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 131-133)


6. TUJUAN ORANG-ORANG RIAK.
Tujuan orang yang berbuat riak ini tidak lain akan mengharapkan balasan pujian dari manusia sendiri. Riak dilarang, kerana tujuanya menyalahi dan bertentagan dengan keimanan dan syariat agama Islam. Perhatikan tujuan-tujuan riak itu :

6.1 Untuk Mendapat Harta dan Pangkat.
Di antara cara mereka ialah menunjukkan rajin beribadat, berkeadaan seperti alim dan warak supaya di percayai orang, lalu diberi tugas atau jawatan tinggi seperi ketua, pemimpin dan sebagainya. Apabila telah memegang keduduka yang tinggi maka terbukalah peluang untuk mendapatkan harta dan kesenagan.
Mereka mendapatkan pangkat itu bertujuan untuk menambah harta kekayan, dari situlah sifat riak akan timbul disebabkan dengan harta kekayaan dan pangkat yang telah diberi.Orang-orang yang riak begini amat dibenci dan dimurkai Allah, kerana mereka telah menjadikan pangkat, harta dan kekayaan mereka untuk berbuat kejahatan dan maksiat. Oleh sebab itulah sifat riak wajib di jauhi oleh orang yang berpangkat tinggi, berharta dan berkuasa.
6.2 Riak Untuk Memikat Wanita.
Terdapat sesetengah lelaki yang menunjukan amal taat dan rajin beribadat kepada Allah Ta’ala supaya dapat berkahwin dengan seorang wanita cantik yang dihajati. Ini adalah riak yang wajib dijauhi.

6.3 Riak Takut Dipandang Hina.
Ada orang yang riak supaya tidak dipandang hina oleh masyarakat, ini dilakukan dengan cara menunjukkan kerajinan ia beribadat an amal-amal salih. Apabila ia melakukan segala perbuatanya, ia akan bersifat zuhud dan tidak tamak atas segala yang dimilikinya tetapi hanya di hadapan masyarakat yang memerhatikanya bukan dikehidupan realitinya.
Ia patuh serta mengikut segala yang disuruh seperti sembahyang, berzakat, qiamul-lail, puasa sunat dan lain-lain lagi, tetapi jika bersendirian ia tiadak pernah mengerjakany. Dengan adanya sifat riak yang takut dipandang hina ini akan merosakkan lagi amal ibadat dan fikiran seseorang itu. Ia kan menjadi kebiasaan dan akan terus berleluasa dengan tidak mendapat apa-apa pahala dan semua amal ibadatnya akan sia-sia dan tidak berfaedah.
Maka wajiblah kita tinggalkan dan gantikan sifat riak ini dengan keinsafan dan taqwa kepada Allah dengan taqwa yang sebenar-benar taqwa. Insya Allah dengan usaha yang berterusan sifat riak akan dapat di hilangkan dan dihapuskan dalam hati dan sanubari kita.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 133-135)


7. RIAK ADALAH HARAM.
Hukum riak adalah haram dari sisi Islam dan amat dilarang, sebagaimana dijelaskan oleh firman-firman Allah di dalam Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

Ertinya :
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
(Surah Al-Ma’un : 30 : 4-6 )

Keadaan riak yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah setiap amal ibadat yang dikerjakan bukan kerana Allah, bahkan kerana sesuatu tujuan yang lain. Oleh kerana inilah Rasulullah S.A.W. bersabda :
‘Riak ialah syirik yang kecil’
(Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan Mu’az)

Dalam sebuah hadith yang lain baginda bersabda:
‘Sesungguhna perkara yang sangat-sangat aku takuti terhadap kamu ialah perbuatan syirik yang kecil”. Para sahabat bertanya: “ Apakah dia perbuatan syirik yang kecil itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab :
‘Perbuatan riak: pada hari kiamat Allah Ta’ala berfirmanketika ia membalas amalan hambanya : “ Pergilah kamu hai orang-orang riak kepada orang-orang yang kerananya kamu mengejakan amal, dan mintalah kepada mereka balasan amal kamu.’
(Hadith riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)
Maka sudah nyatalah, sifat riak ini memang dicela dan hukumnya haram di sisi Islam. Dengan adanya sifat riak yang bersarang dalam sudut hati seorang manusia, amal ibadat akan sia-sia, bukan hanya sia-sia tetapi akan mendapat dosa yang boleh membawa kepada kehancuran amal ibadat yang dikerjakan sebelumnya.
(Haji Johari Haji Alias : 1994 : 123-124)


8. KAEDAH MEMBENTRAS RIAK.
Apa yang kita maklum, riak adalah sifat paling merbahaya yang ditakuti oleh semua umat Islam, dengan adanya kaedah dan cara membentras riak, maka lahirlah kesedaran dari individu itu sendiri,Untuk mengobati riak ini ada dua hal yang perlu dilaksanakan secara bersama-sama, ia harus di laksanakan bagi menghindari sifat riak masuk kedalam hati sanubari kita.
Pertama : Menghapuskan urat-urat serta pokok-pokok akarnya kerana dari situlah riak itu bercabang dan beranting.
Kedua : Menolak segala sesuatu yang terlintas dari riak itu, dari dalam hati walaupun seketika dengan datangnya sifat-sifat halus riak yang membisiki hati kita.

Pertama : Menghapus segala apa yang ada tentang riak.
Menghapuskan sifat riak hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahaya riak tersebut, sifat riak tidak mempunyai kebaikan dalam hatinya, terhalanglah pertolongan dari Allah Ta’ala yang semestinya akan diberikan kepadanya, baik di dunia sekarang, mahupun di akhirat setelah matinya, tidak akan dapat memperolehi kedudukan yang dekat di sisi Allah Ta’ala, bahkan akan menerima siksa yang pedih, kemungkiran dan hinaan yang luar biasa besarnya.
Jikalau seseorang itu sudah memikirkan kehinaan yang besar itu, juga dengan memperbandingkan dengan apa-apa yang dapat dicapai oleh orang-orang yang berbuat riak itu di dunia yang berupa hiasan yang sementara saja, sedangkan di akhirat kelak akan kehilangan pahalanya yang diharapakan dapat menyelamatkan dirinya, maka dengan kesedaran yang diketahuinya akibat sifat riak itu akan menghindarinya untuk berbuat sifat riak, ini kerana ia telah mengetahui akibat yang akan menimpanya jika ia berbuat sifat riak.
Menolak pujian orang terhadap dirinya dengan menginsafi bahawa pujian orang itu adalah tidak benar, dirinya sebenarnya belum sempurna seperti pujian itu, sifat riak tidak akan timbul dengan keinsafaan tersebut.
Seterusnya bagi manusia yang mencintai pangkat kebesaran untuk bermegah dirinya, hendaklah berjuang menolaknya dengan mengatakan bahawa semua itu hanya di dunia dan tidak akan dibawa ke akhirat. Pangkat kebesaran itu adalah pura-pura sahaja semasa hidup di dunia.Dengan adanya kefahaman tentang riak, maka sifat riak dan perbuatan riak akan dapat di jauhi sama sekali, keinsafan akan timbul sebelum sifat riak itu bermaharaja lela di dalam hati dan sanubari seseorang itu.

Kedua : Menolak riak yang akan mempegaruhi amal ibadat yang sedang dilakukan.
Sesudah sifat riak di hapuskan di segenap pelusuk jiwanya, sifat meminta pujian orang ramai tidak lagi bersarang dalam jiwanya, ketamakan sudah di hapuskan dan segala yang berkait rapat dengan sifat-sifat riak telah di sirami oleh keinsafan, namun demikian ia tidak akan senang dilepaskan oleh godaan syaitan diwaktu ia sedang megerjakan ibadatnya. Syaitan akan tetap memasukkan jarum-jarumnya diwaktu seseorang itu sendang beribadat iaitu yang berupa benih-benih riak yang amat membahayakan itu.
Apabila ia sedang beribadat, terlintas dalam hatinya harapan bahawa ia akan diperhatikan oleh orang ramai, maka hendaklah fikiran itu ditolak jauh-jauh. Jika berlakunya kejadian sebegini, hendaklah disegerakan untuk pulang atau berfikir bahawa riak itu adalah satu sifat yang hanya sia-sia jika dilakukan.
(Imam Alqazali : 1988 : 725-729)


KESIMPULAN.
Riak adalah sifat yang dibenci dan dicela oleh Allah Ta’ala, dengan adanya sifat riak yang tersembunyi di hati sesorang yang beribadat, maka sia-sialah ibadat yang dikerjakanya selama ia masih mempunyai sifat riak tersebut. Penyakit riya’ ini lebih bahaya dari dikejar oleh singa yang ganas, kerana ia menghilangkan nilai-nilai amalan kita. Ia boleh menghinggapi sesiapa sahaja sama ada para ulama, ahli ibadah, mahu pun orang awam yang biasa.Perlu diketahui, syarat-syarat diterimanya amalan sekurang-kurangnya terbina dari tiga kriteria, iaitu dengan iman (Islam) dan aqidah yang benar, keduanya ikhlas kerana Allah, dan ketiganya mestilah dengan petunjuk dari al-Qur’an dan sunnah. Ada umat Islam yang melakukan sesuatu perbuatan atau amalan kebajikan terutama dalam beribadat hanya untuk mengaburi mata manusia semata-mata sesuai dengan pangkat dan kedudukannya. Dengan perlakuan itu dirinya dianggap baik, warak, kuat iman dan rajin beribadat.
Ia seolah-olah mereka hanya mengharapkan keredaan manusia dan melupakan kebesaran Allah. Sesungguhnya seseorang yang beramal dan mengerjakan sesuatu yang baik semata-mata untuk dihargai dan dipuji orang lain termasuk perbuatan orang munafik. Ia disebut riak' atau pura-pura. Secara ringkasnya, riak ialah suatu perbuatan yang tersembunyi di dalam hati, perasaan dan peribadi seseorang dengan niat dan tujuan tertentu. Orang yang gemar mengamalkan riak, hidup dan jiwanya penuh dengan kebohongan dan kepalsuan semata-mata. Ini kerana ia bertujuan untuk mengharapkan pujian, sanjungan dan penghormatan daripada orang lain.
Dengan ini, kita harus menghapuskan sifat riak ini di hati dan jiwa yang tersembunyi kita. Ini kerana sifat riak akan melenyapkan segala amal ibadat yang kita lakukan, maka kita haruslah menambahkan keyakinan dalam diri, keinsafan, ketaqwaan dantidak akan berpatah balik kepada sifat riak tersebut. Oleh itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali diri masing-masing, menghitung sejauh mana diri kita terhindar dari sifat-sifat mazmumah seperti ini.



BIBLIOGRAFI.

Al-Quran Nul Karim.

Al’Allamah almarhum Asysysikh dan Muhammad Jamaluddin Alqasimi Addimasyqi
(Karangan Imam Alghazali), 1998, Bimbingan Mu’minin Untuk Mencapai Tingkat,
Selangor, Klang Book Centre.

Haji Johari Haji Alias, 1994, Nilai-nilai Islam Edisi 5, Membina Peribadi, Kuala Lumpur,
Percetakkan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Imam Alghazali, 1974, Ihya’ Ulumiddin Mengembangkan Ilmu-Ilmu Agama Edisi 5,
Indonesia, Pustaka Nasional.

Kamus Dewan, Edisi ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia,
1996, Kuala Lumpur.

www.google.com/Komuniti PPKP/Riak boleh hapuskan amal kebajikkan.
www.google.com/Kalbu berbicara, Riak : kenapa kita tidak suka?.
www.google.com/Manhaj Aqeedah : 52 - Riak.
www.google.com/Tarbiah@isnet.org/yandra:Riak.
www.ibnurusyd305.blogspot.com/Jurnal Sanggar Jiwa Sarqina-Aura Kehidupan-Riak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan