Ahad, 24 Mei 2009

ngaleh ku ngunjar pasal erti falsafah- kongsi ilmu

DEFINISI FALSAFAH

Definisi falsafah oleh tokoh-tokoh falsafah klasik:
1. Aristotle mendefinisikan falsafah sebagai kebijaksanaan iaitu mengetahui prinsip atau punca pertama. Punca pertama itu terdiri daripada:
a) intipati .b) bentuk. c) sumber.d) matlamat perubahan punca itu.


Definisi falsafah oleh tokoh-tokoh falsafah Islam:
2. Al-Kindi, ahli falsafah Islam pertama mendefinisikan falsafah sebagai ilmu berkenaan sesuatu pada hakikatnya pada kadar kemampuan insan.


Definisi falsafah oleh tokoh-tokoh falsafah Barat zaman Medieval:
3. Augustine menyatakan bahawa falsafah adalah cinta kepada kebijaksanaan, sedangkan dalam Bible dinyatakan bahawa Tuhan adalah Kebijaksanaan.


Pendapat falsafah saya sendiri:

4.Falsafah ialah ilmu yang dapat memberi petunjuk dan jalan yang lurus tentang masaalah-masaalah manusia dan kemanusiaan dalam masyarakat. Ia boleh membantu membaiki seseorang itu untuk berfikiran jauh, matang dan mendalam yang tidak dapat tercapai oleh pengetahuan biasa. Dengan erti kata lain falsafah adalah ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan