Isnin, 25 Mei 2009

Masbuk-ilmu untuk bacaan semua

Masbuk

- Masbuk ialah orang yang tidak sempat membaca Fatihah beserta imam.
- Makmum tidak dapat membaca Fatihah dalam masa imam berdiri, tidak wajib keatasnya menyempurnakan Fatihahnya. Baca sekadar yang dapat dan terus rukuk bersama-sama imam.

Muwafik
- Muwafik ialah makmum yang bersama imam iaitu makmum sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya ketika ia berdiri bersama imam.

Mufaraqah
- Mufaraqah ialah berpisah dari imam kerana imam sedang melakukan penambahan atau pengurangan dalam sembahyang.

Istikhlaf
- Imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya bagi menyempurnakan sembahyang mereka di sebabkan keuzuran imam tersebut.
Sabda Rasulullah SAW kepada Umran bin Husain RA: “ Solatlah dalam keadaan berdiri, jika engkau tidak mampu, solatlah dalam keadaan duduk, dan jika engkau tidak mampu solatlah dengan keadaan berbaring di atas lambung tubuh.” (Hadis Sahih, riwayat al-Bukhari)


(1) Pesakit wajib solat fardhu walaupun sambil bersandar ke dinding, tiang atau tongkat.
(2) Jika dia tidak mampu solat sambil berdiri, lakukanlah sambil duduk. Boleh dilakukan duduk seperti antara dua sujud, ataupun duduk ketika tahiyyat.
(3) Jika tidak mampu sambil duduk, maka lakukanlah solat dengan mengiring di atas bahagian kanan tubuh sambil wajah menghadap kiblat.
(4) Jika tidak mampu sambil berbaring, lakukanlah dengan terlentang ; kaki mengarah ke kiblat dengan meninggikan sedikit kepala dengan meletakkan bantal dan sebagainya agar menghadap kiblat. Jika tidak mampu kakinya ke arah kiblat, lakukanlah setakat yang mampu sahaja.
Solat Dengan Isyarat
(1) Pesakit wajib sujud dan rukuk. Jika tidak mampu, berisyaratlah dengan kepalanya ; anggukkan kepala ketika sujud lebih rendah daripada ketika rukuk. Jika dia hanya mampu rukuk sahaja, dan tidak mampu bersujud, maka ruku’lah sebagaimana biasa lalu isyarat ketika sujud dan begitu pula bila sebaliknya.

1. SOLAT SAMBIL DUDUK
- Keadaan duduk adalah seperti duduk antara dua sujud- Mengadap kiblat- Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa- Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud- Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula- Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
2. SOLAT BARING MENGIRING
- Mengiring di atas rusuk kanan- Muka dan dada mengadap kiblat- Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.- Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
3. SOLAT BARING MELENTANG
- Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat-Tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat- Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas- Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat- Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan