Isnin, 25 Mei 2009

kongsi ilmu - cara sembahyang jenazah


Cara menyembahyangkan jenazah (mayat)
Cara letaknya:

MENYEMBAHYANGKAN mayat hendaklah berdiri menghadap kiblat, jika sembahyang itu berjemaah, iman berdiri dihadapan, ma’mum berbaris di belakang imam. Elok dibuat tiga barisan dan meletakkan mayat melintang di hadapan.
Jika mayat lelaki, letakkan kepalanya sebelah kanan orang yang menyembahyangkannya dan imam berdiri setentang dengan kepalanya.

Jika mayat perempuan, letakkan kepalanya disebelah kanan orang yang menyembahyangkannya dan imam berdiri setenteng dengan punggungnya lalu mulai sembahyang.
(99)

Sunnah menyembahyangkan mayat tiga saf, kerana menyembahyangkan mayat dengan tiga saf adalah sunnah, berdasarkan Hadis Nabi S.A.W yang berbunyi :

“Barang siapa yang mati telah disembahyangkan oleh tiga saf, maka tetaplah ia mendapat keampunan”.
Jelasnya, hendaklah tiap-tiap menyembahyangkan mayat itu dengan membuat tiga saf, jika bilangan orang-orang yang sembahyang itu ramai, tetapi mengikut pendapat ulama yang lain, yang afdhal seperti berikut:
1. Jika mereka berlima, (tidak cukup enam orang) : Seorang imam dihadapan dua orang ma’mum dibelakangnya, dan yang dua orang lagi dibelakang keduanya.
2. Jika mereka berenam : Seorang imam di hadapan, dua orang ma’mum dibelakangnya, yang dua orang ma’mum dibelakangnya dan seorang lagi dibelakang keduanya menjadikan semuanya tiga saf.
3. Jika mereka berempat : Seorang imam dihadapan, dua orang ma’mum dibelakangnya, dan ma’mum yang seorang lagi dibelakang kedunya.
4. Jika mereka bertiga : Seorang imam dihadapan, dan yang dua orang dibelakang,nya,tidaklah mereka berderet tiap-tiap seorang dibelakang yang lain.
5. Jika mereka berdua saja : Seorang menjadi imam dan yang seorang lagi menjadi ma’mum dengan berdiri betul-betul dibelakang imam.
(100)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan