Isnin, 25 Mei 2009

untuk bacaan semua-beriman kepada kitab2 Allah-hasil dari kerja ku..

BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB ALLAH

Kita percaya bahwa Allah ada menurunkan beberapa kitab kepada Rasul-Nya, untuk menjadi pedoman hidup manusia, menjadi tempat mengambil pengajaran, aturan dan undang-undang bermasyarakat.
Nabi kita telah membenarkan apa yang diturunkan kepadanya dari segala isi Al Quran, baik yang berhubung dengan kepercayaan, dengan hukum, dengan undang-undang pergaulan, rupa-rupa keterangan dan bimbingan.dan dengan demikian Nabi membenarkan dan menerimanya.Demikian juga para sahabat yang telah beriman dengan iman yang kukuh, dan mengaku bahwa Nabi kita itu seorang Rasul seorang utusan Allah yang diturunkan wahyu kepadanya.
Maka berimankan kitab Allah, ialah beriman dengan tidak menambah, tidak mengurangkannya.

Kitab-kitab yang Allah turunkan itu banyaknya mengikut banyak Rasul-Nya. Tetapi yang masih ada sampai sekarang nama dan hakikatnya, hanyalah Al Quran dan yang hanya tingal nama sahaja ialah Taurat, Injil, dan Zabur.Kitab-kitab ini tiada lagi hakikatnya, kerana telah banyak diubah-ubah dan diganti-ganti oleh penganut-penganutnya.
Setiap Muslim diperintahkan beriman, bahwa Allah menurunkan kitab untuk petunjuk. Kita wajib beriman bahwa Allah menurunkan kitab-kitab kepada Yahudi tetapi tidak wajib kita beriman dengan dia. begitu juga kita wajib beriman kepada Allah yang menurunkan kitab Injil kepada ‘Isa dan Zabur kepada Daud tetapi tidak wajib kita beriman dengannya kerana sudah banyak yang diubah-ubah.
Firman Allah s.w.t :
1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.

Firman Allah s.w.t :
136. Katakanlah (Wahai orang-orang Yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa Yang diturunkan kepada Kami (Al-Quran), dan kepada apa Yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa Yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa Yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana Yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan Kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

Wajib Percaya Kepada Kitab-Kitab Allah
Kepercayaan kepada kitab-kitab Allah ialah salah satu daripada rukun Iman di dalam Islam, kitab Allah itu mengandungi segala pengajaran Allah yang di sampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul sama ada perintah, larangan, panduan dan sebagainya kepada umat mereka itu.Oleh itu setiap muslim wajiblah percaya kepada kitab al-Quran dan kitab-kitab yang terdahulu yang telah diturunkan kepada umat-umat yang terdahulu untuk membimbing mereka ke jalan yang benar.
Akan tetapi kitab-kitab terdahulu itu telah terjadi penambahan, pengurangan dan perubahan terhadap isi kitab-kitab tersebut yang mana ianya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin agama mereka yang kemudian. kerana itu maka sifat-sifat keasliannya sudah tidak ada lagi.
Tiap-tiap rasul itu mengajarkan tauhid yang menjadi inti bagi semua kitab suci. Adapun syariatnya mungkin berbeza-beza, selaras dengan kehendak zaman dan keperluan bangsa itu. Jika wahyu-wahyu sebelum al-Quran diturunkan bagi bangsa tertentu dan kurun tertentu maka al-Quran dengan sifat akhirnya diturunkan kepada semua bangsa dan semua zaman sejak ianya diturunkan Allah.
Firman Allah: (Al Baqarah 213)
213. Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan.
Hubungan Manusia Dengan Kitab Allah
Seorang muslim yang beriman dengan kitab-kitab Allah mestilah mengamalkan segala ajaran kitab yang menunjukkan manusia ke jalan yang benar. Barang siapa yang berkata ia beriman dengannya tetapi tidak menurut pengajarannya tidaklah boleh dikatakan beriman.
Firman Allah: (Al Baqarah 44)
44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Begitu juga beriman dengan kitab hendaklah merangkumi semua kitab Allah bukan beriman dengan setengah bahagian sahaja kemudian tidak mengikuti sebahagian yang lain.tidak cukup berpegang dengan ayat-ayat tentang sembahyang, puasa, haji dan sebagainya tetapi meninggalkan ayat-ayat berkenaan dengan muamalat dan sebagainya.
Firman Allah:
85. Kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka Dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan.

Al-Quran ialah Kebenaran yang Dicari Oleh Manusia
Sebenarnya banyak kitab-kitab Allah yang telah diturunkan sebelum al-Quran.Tetapi setelah nabi-nabi dan rasul-rasul itu wafat maka orang-orang yang kemudian telah mengubah, meminda dan membuat takwil hingga menimbulkan perselisihan yang hebat dalam agama.
Umat manusia memerlukan wahyu Allah Taala bagi menghindarkan mereka dari kesesatan dan memimpin mereka supaya kembali ke jalan yang benar yang membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.Hidup berbaik-baik sesama seagama, terselamat dari perbalahan dan permusuhan yang melemahkan manusia itu sendiri.
Kedatangan Islam untuk menerangkan kebenaran”Agama Tauhid” yang tulen yang dibawa oleh para nabi dan rasul seperti Adam, Noh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, Daud, Zulkifli, Musa, Isa dan lainnya.Kesemua nabi dan rasul tersebut membawa ajaran tauhid dan mempercayai hari kiamat, syurga, neraka, malaikat dan sebagainya.
Firman Allah: (Al Nahl 63)
63. Demi Allah! Sesungguhnya Kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat Yang terdahulu daripadamu (Wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka Yang ingkar akan amal-amal mereka Yang jahat itu; maka Dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Pandangan Al-Quran Terhadap Al Taurat Dan Al Injil.
Kitab Taurat adalah kumpulan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. untuk menyeru Firaun dan pengikutnya kepada agama Allah yang sebenar dan mengubah cara hidup mereka kepada cara hidup yang diwahyukan Allah dalam kitab Taurat.Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa untuk menyeru bani Israel kepada agama Allah yang sebenar.
Al-Quran menyatakan bahwa Allah Taala menurunkan al-Taurat dan al-Injil sebelum al-Quran untuk menunjukkan manusia ke jalan yang benar.
Firman Allah: (Al Imran 2-3)
2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
3. Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) Dengan mengandungi kebenaran, Yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga Yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
Al-Quran telah menyatakan terhadap al-Taurat tentang pengikut-pengikutnya telah mengubah dan meminda setengah ajarannya.
Firman Allah: (Al Nisa 46)

46. Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar.
Al-Quran juga menyatakan bahwa orang-orang Nasrani telah melupakan sebahagian asal kitab Allah.
FirmanNya: (Al Maaidah 14)

14. Dan di antara orang-orang Yang berkata:" Bahawa Kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa Yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka Dengan apa Yang telah mereka kerjakan.[1]

NAMA KITAB-KITAB YANG TELAH DITURUNKAN
Di antara kitab-kitab yang telah diturunkan-Nya ada sebahagian namanya diberitahu secara jelas kepada kita di dalam Al-Quran dan ada sebahagian lagi tidak diberitahu namanya secara jelas.
Allah SWT telah menceritakan kepada kita tentang kitab-kitab tersebut di dalam ayat-ayat berikut :
1. Taurat.Taurat adalah kitab–Nya yang diturunkan kepada Nabi Musa AS.,seperti yang diterangkan dalam firman Allah SWT: (Al Maaidah 44)

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.



2. Injil: Injil adalah Kitab-Nya yang diturunkan kepada Nabi Isa AS.,sebagaimana yang diterangkan dalam firman Allah SWT: (Al Maidah 46)
46. Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat Yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, Yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya Yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa Yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

3. Zabur: Zabur adalah kitab-Nya yang diturunkan kepada Nabi Daud AS., seperti yang tertulis dalam firman-Nya: (Al Israa 55)
55. Dan Tuhanmu (Wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi; dan Sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya Yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

4. Shuhuf: Shuhuf adalah kitab-Nya yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS. Dan Nabi Musa AS. Allah SWT berfirman: (Al A’laa 14-19)
รด
14. Sesungguhnya berjayalah orang Yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal Yang Soleh),
15. Dan menyebut-nyebut Dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
16. (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan Yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di Dalam Kitab-kitab Yang terdahulu, -
19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

5. Al-Quran: Al-Quran adalah kitab-Nya yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.,Allah berfirman: (Al Maaidah 44)
48. Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu Dalam ugama Yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa Yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa Yang kamu berselisihan padanya.[2]

BILANGAN KITAB-KITAB ALLAH
Menurut pendapat yang masyhur,kitab-kitab itu ada sejumlah 104 buah. 60 buah untuk Nabi Syits, 30 buah untuk Nabi Ibrahim, 10 buah untuk Nabi Musa, diturunkan sebelum Taurat, 1 Taurat, 1 Zabur, 1 Injil dan Al-Quran. Setengah ulama mengatakan, kitab semuanya 114. Untuk Syits 50 buah, untuk Ibrahim 20 buah, dan yang 10 buah lagi selain kitab yang empat,ada yang mengatakan diturunkan kepada Adam, ada yang mengatakan kepada Musa.
Adalah lebih baik bagi kita supaya tidak menghitung kitab-kitab itu, kerana tiada ada hujjahnya yang benar dalam hal ini. Cukuplah kita beriman bahwa Allah ada menurunkan kitab-kitabNya kepada beberapa orang nabi, dan Allah ada menurunkan Taurat kepada Musa, Zabur kepada Daud, Injil kepada ‘Isa dan Al-Quran kepada Muhammad s.a.w.[3]

Al-Quran Al-karim adalah kitab langit terakhir
Firman Allah: (Ali Imran 2-4)
2. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
3. Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) Dengan mengandungi kebenaran, Yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga Yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
4. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. dan ia juga Yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah). Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas Dengan azab seksa (kepada golongan Yang bersalah).

Keistemewaan-keistemewaan al-quran al karim
1-al-quran itu memuat ringkasan dari ajaran ketuhanan yang pernah dimuatkan oleh kitab-kitab suci sebelumnya.Juga mengukuhkan kebenaran yang pernah didakwahkan oleh kitab-kitabsuci terdahulu.
Firman Allah: (Al Maidah 48)
48. Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing
.

2-Ajaran-ajaran yang terkandung didalam al-quran adalah kalimat Allah yang terakhir untuk memberi petunjuk dan pimpinan yang benar kepada umat manusia. maka jagalah al-quran supaya tidak di kotori oleh tangan-tangan yang hendak mengotori kesuciannya dan mengubah kemurniannya, yang hendak mengganti isi sebenarnya dan sebagainya.
Firman Allah: (Al Hijr 9)
9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.


3-tidak mungkin suatu hari nanti akan terjadi suatu ilmu pengetahuan
Yang bertentangandengan hakikat di dalam al-quran. Sebabnya ialah kerana al-quran itu adalah firman Allah taala sedangkan semua yang terjadi di alam semesta ini merupakan ciptaan dan kehendak Allah. Maka sudah pasti bahwa firman allah dan kehendaknya tidak akan bertentangan bahkan saling membenarkan satu antara yang lainnya.
Firman Allah: (fushshilat 53)
53. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?


4-Allah SWT berkehendak supaya kalimatnya itu disebarkan dan sampai kepada semua akal dan pendengaran supaya menjadi suatu kenyataan dan perbuatan.Ini tidak akan berhasil kecuali kalimat-kalimat itu benar-benar mudah untuk diingat, dihafal dan difahami.Oleh itu al-quran sengaja diturunkan dengan suatu gaya bahasa yang istemewa mudahnya, tidak sukar untuk memahamkannya dan tidak sukar untuk mengamalkannya, asalkan disertai dengan keikhlasan dan kemahuan.
Firman Allah: (al Qamar 17)
17. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?[4]


Asbab turunnya al-quran.
Turunnya al-quran terbahagi kepada dua bahagian: yang pertama, diturunkan tanpa sebab atau pertanyaan sebelumnya. Kedua, diturunkan setelah adanya sebab atau pertanyaan.[5]
Penutup:
Maka dengan semua yang dibincangkan di atas itu tadi, adalah wajib ke atas kita sebagai orang Islam beriman dengan Al-Quran yang mana kita ucapkan isinya setiap hari, kita pelajari isinya, kita amalkan maksud di dalamnya dan kita sebarkan kandungannya dan kita pelihara dari diubah-ubah,dikurangi dan ditambah.
Firman Allah: Al Hijr 9
9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.


Dan kita wajib beriman bahwa Allah ada menurunkan kitab-kitabNya selain Al-Quran, tetapi tidak wajib kita beriman dengannya.

[1] Harun Din,Manusia dan Islam,50-55.
[2] Dr Muhammad Naim Yassin, Yang menguatkan & yang membatalkan IMAN, 103-104.
[3] Prof.Dr.T.M.Hasbi Ash Shiddieqy,Al-Islam,223-224.
[4] Sayid Sabiq, Akidah Islam,211-215.
[5] Imam As-suyuthi,Apa Itu Al-Quran,63.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan