Isnin, 25 Mei 2009

sifat rasul- untuk bacaan semua


SIFAT RASUL
Beriman kepada para rasul merupakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T kepada setiap muslim, tanpa membeza-bezakan.
Sifat-sifat rasul dan nabi ada empat sifat yang wajib bagi rasul dan nabi.
Ada empat sifat yang mustahil bagi rasul dan nabi. Ada satu sifat yang harus bagi rasul dan nabi.
Ani dari internet ni
Allah SWT telah memilih para nabi yang mulia,supaya mereka menjadi duta diantaranya dengan hamba-hambanya. Dia telah memilih mereka (para nabi) di antara makhluk untuk membawa amanah,iaitu (wahyu). Untuk menyampaikan dakwah kepada hamba-hambanya. Bahawasanya hikmahnya yang tinggi telah menghukumi, dia telah menjadikan mereka yang akhlaknya paling sempurna, yang paling utama ilmunya,paling mulia keturunannya, paling besar amanatnya, dan Allah telah memuliakan serta menjaga dengan pertolonganya, menjaga mereka dengan pengawasannya, sebagaimana Allah Ta’ala telah berfirman tatkala menerangkan kepada tuan utusan yang mulia Muhammad SAW,

“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan,mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah”
(AL-ANBIYAA’:73)
(Muhammad Ali Ash Shabuni 2003:78-79)

SIFAT YANG WAJIB SERTA MUSTAHIL BAGI PARA RASUL ALLAH

1. Para Rasul Allah itu wajib bersifat shidiq iaitu benar dalam semua kata-kata dan perbuatannya, mustahil mereka bersifat ‘kidzib’ iaitu dusta.
2. Para Rasul Allah itu wajib bersifat amanah iatu jujur dan mustahil mereka bersifat khianat serta ‘Ishyan’ iaitu tidak menjalankan perintah-perintah Allah atau melanggar larangan Allah.
(Haji Osman bin Jantan 2003:114)


3. Para Rasul Allah itu wajib bersifat tabligh iaitu menyampaikan atau menerangkan apa saja yang diterimanya dari Allah. Dan mustahillah mereka bersifat ‘kitman’ iaitu merahsiakan atau menyembunyikan serta mendiamkan diri dan tidak suka menyampaikan apa-apa yang diterimanya dari Allah.
4. Para Rasul Allah itu wajib bersifat fathanah iaitu cerdik dan pandai serta cerdas otaknya. Dan mustahil mereka itu bersifat ‘baladah’ iaitu bodoh dan tumpul otak atau pelupa.

Selain dari yang dinyatakan di atas, Rasul Allah itu mustahil mempunyai sifat-sifat yang oleh kebanyakan manusia dianggapnya sebagai cela atau ‘aib’, meskipun hal itu bukannya dosa, umpamanya:
Mustahil para Rasul itu berasal dari keturunan hina semacam keturunan tukang tenung atau penjahat.
Begitu juga mustahil kalau para Rasul itu bersifat dengan sesuatu yang menyebabkan tidak sewajarnya memegang jawatan Rasul, umpamanya mereka tuli, bisu atau buta. Hal ini mustahil sekali lagi bagi mereka, kerana kalau seseorang Rasul itu bisu umpamanya, maka bagaimanakah dia akan dapat terus menjabat pangkat Rasul yang tugasnya selalu memberikan petunjuk dengan kata-kata kepada ummatnya.
Demikian pula kalau mereka itu buta umpamanya, maka bagaimanakah dia akan melaksanakan tugasnya menyelidik ummatnya dan demikianlah pula kalau ada Rasul yang tuli.

(Haji Osman Bin Jantan 2003:115)

wanita dan mencintainya, berjalan di pasar-pasar, mereka memiliki sifat-sifat yang baru,yang berlaku kepada manusia, lemah, tua dan mati,dan lain-lain yang biasa diderita oleh manusia. Ingat, sesungguhnya mereka mempunyai keistimewaan dengan beberapa keistimewaan, mereka mempunyai sifat-sifat kesabaran dan ketinggian, adapun yang paling penting akan kami terangkan dibawah ini;

1. SIDDIQ (BENAR)
2. TABLIGH (MENYAMPAIKAN)
3. AMANAT (DAPAT DIPERCAYAI)
4. FATHANAH (CERDIK)

Dan akan kami terangkan setiap sifat yang wajib bagi para nabi, dengan secara terperinci.

1. ASH SIDDIQ (BENAR)
Sifat ini melazimi kenabian, merupakan suatu yang diperlukan manusia, selain hubungan dakwah bagi para Nabi merupakan sifat yang tetap, bahkan merupakan sifat yang suci bagi mereka, kerana tidak mungkin bagi seorang Nabi yang memiliki sifat sifat-sifat seperti: berdusta, berbohong,memakan harta manusia dengan cara tidak halal, dan lain-lain sifat yang buruk, kerana sifat-sifat seperti ini tidak sepatutnya dimiliki oleh orang yang berdakwah,
(Muhammad Ali Ash Shabuni 2003:83)


Maka bagaimana dengan seorang Nabi yang dekat kepada tuhan, atau seorang rasul yang dimuliakan? Dan seandainya terjadi dusta para Nabi, tentu tidak ada kekuatan atau tidak ada kepercayaan menyampaikan khabar-khabar wahyu, atau meriwayatkan wahyu dari Allah ‘Azza Wajalla’

Sebagaimana firman Allah atas kebenaran utusan Muhammad SAW


“Seandainya dia (Mohammad) mengada-ngadakan sebahgian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya, kemudian benar- benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang menghalanginya (Kami), dari pemotongsn urat nadi tadi. Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(AL-HAQQAH: 42-48)
(Muhammad Ali Ash Shabuni 2003:84)
1. SIDDIQ: Siddiq maknanya benar. Apa yang disabdakan oleh rasul dan nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul dan nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh ALLAH S.W.T . Mustahil rasul dan nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta). Mustahil rasul dan nabi mengatakan sesuatu yang dia tidak ketahui dan tidak diwahyukan ALLAH kepadanya. Firman ALLAH bermaksud:

“Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan”.(An-Najm:3-4).

SHIDIQ: Sebagaimana yang telah kita ketahui sebelum ini, bahawa para Rasul itu wajib bersifat ‘Shidiq’ iaitu benar dalam semua kata-katanya, sebab seandainya ada seorang Rasul yang bersifat ‘Kidzib’ iaitu dusta, pasti tidak ada gunanya Allah Ta’ala mengutus Rasul yang sedemikian pekertinya, kerana apa sahaja yang diterangkan oleh Rasul itu pada ummatnya tentulah akan berlainan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Kalau hal itu terjadi, pasti rosaklah keadaan ummat itu dalam segala-segalanya.
(Haji Osman Bin Jantan 2003:116)

Dengan demikian tahulah kita bahawa para Rasul itu wajib bersifat ‘Shidiq’ iaitu benar kata-katanya. Agar manusia itu menjadi baik dalam kelakuan serta kehidupan mereka sehingga selamatlah mereka daripada kesusahan dan pancaroba, baik di dunia mahupun di akhirat.
Firman Allah : (3-4: an-najm)

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawanafsunya.
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”
(An-Najm: 3-4)

Dari itu, wajiblah para Rasul itu bersifat benar dan mustahil atasnya bersifat dusta.

(Haji Osman bin Jantan 2003: 117)
2. AL-AMANAH (DAPAT DIPERCAYAI)
Sifat amanah,bahawa Nabi itu dapat dipercayai atas wahyu, dia menyampaikan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangannya kepada hambanya, tanpa menambah atau mengurangi, tanpa mengubah atau mengganti,
(Muhammad Ali Ash Shabuni 2003: 87)
Maka kesemuanya Nabi mempercayai atas wahyu, mereka menyampaikan perintah-perintah Allah seperti yang telah diturunkan kepada mereka,mereka tidak mungkin berkhianat, atau menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadanya. Kerana khianat dapat menghilangkan amanat, dan apakah pantas seorang Nabi berkhianat terhadap amanatnya, tidak memberi nasihat kepada umatnya, tidak menyampaikan risalah Allah?
Maka para Nabi yang mulia, mereka benar-benar menyampaikan dan menunaikan amanat dengan jalan yang sempurna, sebagaimana firman Allah Ta’ala.


“Dan dia (Mohammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan Yang ghaib”
(AT –TAKWIR:24)

AMANAH: Sifat rasul dan nabi adalah AMANAH. Amanah ialah rasul dan nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hukum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan oleh ALLAH SWT. Dan juga rasul dan nabi tidak memungkiri janji. “Barangsiapa yang berdusta atas namaku,siapkanlah tempatnya di
dalam api neraka” (Bukhari,Muslim). Maka mustahil rasul dan nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.

AMANAH: Para Rasul wajib bersifat amanah iaitu jujur, mereka tidak pernah berkhianat dan tidak pernah melakukan maksiat, sebab seandainya ada seorang Rasul saja yang bersifat khianat atau mengerjakan maksiat, melanggar perintah Allah sehingga banyak perintah-perintah Allah yang dilanggarnya, pasti akan terjerumuslah ia kelembah kehinaan.
Hal ini tidak masuk akal, sebab Rasul yang kedudukannya sebagai seorang pemimpin itu adalah dari Allah, tidak boleh dan tidak patut sama sekali jatuh atau terjerumus dalam jurang kehinaan.
Sebab hal itu tidak patut kerana kalau seorang Rasul itu menjadi hina, tentu tidak ada gunanya ia diutus oleh Allah, kerana siapakah yang akan suka menurut ataupun mengikuti jejak Rasul yang sedemikian itu? Dan siapa pulakah yang akan mempercayai kata-kata yang diucapkan olehnya? Apabila sudah tidak ada yang percaya dan mengikutinya, maka percumalah ia memegang jawatan Rasul itu.
(Haji Osman Bin Jantan 2003: 117)

Sebab yang lain lagi ialah kalau sekiranya ada seorang Rasul yang berkhianat, tentulah perintah-perintah agama hanya akan dipilih-pilih saja mana-mana yang disukai oleh hati dan hawanafsunya sendiri. Kalau hal itu terjadi, maka sesatlah dia dan menyesatkan pula pengikut-pengikutnya, padahal semuanya itu tidaklah yang dikehendaki oleh Allah. Allah sentiasa menghendaki agar jangan kiranya ada seorang pun yang tersesat, sebab itu diutusnyalah para Rasul untuk menunjukkkan pada seluruh hambanya ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah S.W.T
Firman Allah
“Sesungguhnya aku (Nabi) adalah seorang Rasul kepercayaan yang diutus kepadamu”
(Asy-Syu’ara: 107)

Dari itu, wajiblah para Rasul bersifat amanah dan mustahil atasnya bersifat khianat.

(Haji Osman Bin Jantan 2003: 118)




3. TABLIGH (MENYAMPAIKAN)
Sifat ini khusus untuk para utusan yang mulia, semoga rahmat Allah dan salamnya atas mereka semua, yang dimaksudkan bahawa para rasul itu menyampaikan hukum Allah, menyampaikan wahyu yang telah diwahyukan oleh allah kepada mereka, sehingga seandainya mereka dalam menyampaikan wahyu itu menyakitkan manusia, atau menimbulkan kerusuhan-kerusuhan, tetap mereka menyampaikan, sebagaimana firman Allah dalam kisah Nabi Nuh A.S

“Nuh menjawab, hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun, tetapi aku adalah utusan dari Allah Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui”
(AL-A’RAF: 61-62)

(Muhammad Ali Ash Shabuni 2003:90)

TABLIGH: Wajib bagi rasul dan nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul dan nabi menyampaikan kepada umatnya apa yang ALLAH wahyukan kepadanya. Mustahil rasul dan nabi dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.

TABLIGH: Para Rasul wajib bersifat ‘tabligh’ iaitu menyampaikan apa-apa yang diterimanya dari Allah kepada ummatnya, sebab seandainya ada seorang Rasul yang bersifat menyembunyikan atau selalu mendiamkan diri dan tidak suka menerang-nerangkan apa yang diterimanya dari Allah, umpamanya saja kerana takut dibenci atau takut dianiaya serta disakiti oleh ummatnya, nescaya tidaklah ada gunanya Allah mengutus Nabi yang sedemikian itu, kerana dia adalah penakut dan pengecut.
Lagipun kalau ada seorang Rasul yang selalu bersifat ‘kitman’ iaitu menyembunyikan, pastilah bahawa ummatnya akan terus dalam kesesatan, sebab tidak ada yang menunjukkan jalan yang benar kepadanya, padahal perlunya Allah mengutus para Rasulnya itu adalah untuk memimpin ummat yang sesat itu agar menjadi sedar dan insaf terhadap perbuatan-perbuatannya yang buruk yang pernah mereka lakukan.

(Haji Osman Bin Jantan 2003: 118-119)


Dengan keterangan ini yakinlah kita bahawa para Rasul itu wajib menyampaikan dan tidak boleh hanya menyimpan sahaja apa-apa yang diterimanya dari Allah sekalipun terhadap mana-mana yang boleh membahayakan atau menyusahkan dirinya.
Firman Allah
“Tugas Rasul itu hanyalah menyampaikan”
(Al-Maidah: 99)

Dari itu, wajiblah para Rasul itu bersifat ‘tabligh’ iaitu menyampaikan dan mustahil atasnya bersifat ‘kitman’ iaitu menyembunyikan atau merahsiakan.



4. AL-FATHANAH (CERDIK)
Para Nabi mempunyai sifat cerdik dan masyhur, mereka memiliki kebesaran dan kemasyhuran, kecerdikan yang luar biasa, serta kesempurnaan akan petunjuk, perhatikanlah firman Allah tatkala berbicara tentang Al-Khalil Ibrahim AS. (Muhammad Ali Ash Shabuni 2003:96)

“Dan sesunguhnya telah kami anegerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun), dan adalah Kami mengetahui (keadaan)nya.
(AL-ANBIYAA’:51)

dan juga lihatlah tentang Ibrahim menangani hujah kaumnya (orang-orang musyrik), kamu akan menjumpai kepadanya tanda-tanda kemasyhuran, kecerdikan akal Ibrahim.

(Muhammmad Ali ash Shabuni 2003: 97)

Seperti ini adalah untuk semua Nabi dan utusan, Allah memberi akal kepada mereka dan memberi petunjuk, mereka mempunyai kecerdikan yang sempurna, kepandaian yang luar biasa, kerana Allah Taa’la telah mengkhususkan kepada mereka dengan kecerdikan yang tiada taranya, dan kesempurnaan serta kelebihan akal, supaya mereka dapat menguasai timbulnya hujah dan bantahan kaumnya, kerana benar-benar hikmah Allah telah berlaku bahawa Allah telah memilih manusia yang paling sempurna untuk membawa risalah dan ketinggian dakwatullah, Maha Benar Allah atas firmannya,

“Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan. Orang-orang yang berdusta, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan seksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya”
(AL-ANBIYAA:124)

(Muhammad Ali Ash Shabuni 2003:99)



FATANAH: Wajib bagi rasul dan nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul dan nabimampu memahami perintah-perintah ALLAH dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-penentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh. Mustahil rasul dan nabi bersifat dengan sifat jahlun iaitu bebal.

FATHANAH: Para Rasul wajib bersifat ‘fathanah’ iaitu cerdik lagi pandai serta cerdasmya otaknya dan bukannya bodoh atau tumpul akalnya, tidak pula pelupa.
Sebab seandainya ada seorang Rasul yang bersifat bodoh atau tolol atau seumpamanya, ia selalu pelupa, pasti tidak ada gunanya ia menjabat pangkat Rasul itu.
Hal ini disebabkan bahawa seorang Rasul itu kalau otaknya tumpul umpamanya, maka bagaimanakah ia akan menjawab serta memberikan penjelasan tentang debat dari ummatnya. Bantahan dan debatan itu tentu saja sering diterimanya dari golongan ummatnya yang tidak percaya atau tidak suka mengikuti serta tidak membenarkan kerasulannya.
Begitu juga kalau umpamanya Rasul itu bersifat pelupa, maka bagaimanakah dia akan melakukan tugasnya dengan setepat-tepatnya.kalau ia sendiri kerap benar lupa dan lalai akan apa saja yang diterimanya ddari Allah.

(Haji Osman Bin Jantan 2003:119-120)

Oleh sebab itu, maka tidaklah masuk pada akal kita kalau kiranya ada seorang Rasul yang bersifat bodoh, tumpul otak serta mustahil pula kalau ia pelupa serta selalu lalai.
Sebaliknya, wajib kita menyakinkan bahawa semua Rasul itu pasti bersifat ‘fathanah’, cerdik serta cerdas otaknya,agar kalau ada bantahan atau debat dari ummatnya, jangan ia hanya berdiam atau membisu sahaja. Juga supaya tugas besar yang diberikan oleh Allah kepadanya itu dapat dilaksanakan dengan setepat-tepatnya dan sebaik-baiknya.
Firman Allah

“Dan itulah hujah Kami yang kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya”

Dari itu, wajiblah para Rasul itu bersifat ‘fathanah’ iaitu cerdik atau bijaksana dan mustahil atasnya bersifat ‘baladah’ iaitu bodoh atau tolol.



5. TERHINDAR DARI PENYAKIT YANG MENAKUTKAN
Sifat ini merupakan keistimewaan bagi Nabi-Nabi yang mulia, kerana mereka tidak mungkin mempunyai penyakit kejiwaan atau penyakit jasmani yang menakutkan, menjijikkan manusia untuk berkumpul, atau mengikuti mereka, mendengarkan dakwah mereka, seperti penyakit kudis, sopak atau kusta, badan busuk dan lain-lain penyakit yang manusia enggan untuk menjenguknya, maka tidak ada seorang pun dari para Nabi, mereka manusia biasa yang menerima hal-hal yang baru datang, yang selalu menimpa manusia melainkan kerana Allah Ta’ala telah memberi mereka penyakit-penyakit yang buruk, yang menakutkan jiwa, sebagaimana telah diceritakan tentang (Ayub A.S) yang mempunyai penyakit sehingga busuk badannya, sampai menjadi bengkak dan berulat yang keluar dari badannya, sampai menyakitkan isterinya.

(Muhammad Ali Ash Shabuni 2003: 101)





SIFAT YANG HARUS PADA RASUL

Sifat yang harus iaitu yang boleh berlaku atau tidak berlaku pada para Rasul ialah beberapa hal yang patut tejadi pada tiap manusia, sebab para Rasul itu pun manusia juga. Oleh sebab itu, tidak ada seorang Rasul pun yang dapat mencapai darjat ketuhanan.
Jadi, para Rasul itu boleh bersifat sebagaimana sifat manusia biasa, asalkan tidak menyebabkan kekurangan atau merosotnya darjat kerasulan mereka, sebab mereka adalah pemimpin ummat.
Dengan begitu, maka para Rasul boleh bersifat lapar, dahaga, hidup, mati, kepanasan, kedinginan, lelah dan sebagainya.

(Haji Osman Bin Jantan 2003:120)

untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.

KESIMPULANNYA

Apa yang wajib kita percayai tentang perihal peribadi para Rasul kita itu ialah:

1. Bahawa para Rasul itu bersifat dengan semua sifat yang mulia dan jauh dari semua sifat cela dan hina,baik dalam mahupun luarnya, baik perkataan mahupun perbuatannya.

2. Bahawa semua sifat yang boleh berlaku atas manusia biasa, boleh pula berlaku atas para Rasul itu asalkan saja ia tidak merendahkan darjat mereka yang luhur itu.

3. Bahawa para Rasul itu adalah orang yang telah dipilih oleh Allah dan mereka adalah kekasihnya, mereka diutus kepada ummatnya agar semua sama mengetahui dan mengerti apa yang wajib dilakukan kerena talah menjadi perintah Allah, dan apa yang haram dijauhi,kerana telah menjadi pantang larangnya.

4. Bahawa hukum-hukum yang diterima oleh para Rasul itu, satu dengan lainnya tidak ada yang selisih dalam soal-soal pokok yang berhubung dengan kepercayaan dan keugamaan atau ketuhanan. Adapun dalam soal-soal perincian, maka tentu saja yang satu berlainan dengan yang lain. Hal ini tejadi mengingat masa; tempat, keadaan serta peradaban yang sentiasa berubah-ubah mengikut aliran zaman.

Umpamanya, pada zaman Nabi Adam, seorang itu dibolehkan berkahwin dengan saudaranya, sebab masa itu manusia belum ramai lagi, sehingga kalau umpamanya pada saat Nabi Adam itu,orang tidak dibolehkan berkahwin dengan saudaranya, pastilah tidak akan terjadi keturunan Nabi Adam yang meluas dimuka bumi ini.
Tetapi pada masa Nabi Muhammad S.A.W. hal itu menjadi larangan, sebab tidak patut berkahwin dengan saudara sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan